Senin, 29 April 2013

                    Mazmur / Kitab Zabur  Melalui Raja Daud 
Inilah sebahagian Koleksi Mazmur-mazmur dari Kitab Zabur yang datang kepada umat Allah melalui Nabi dan Raja Daud, Hamba Allah swt. Umat Allah baik pun Ibrani/Yahudi atau Nasrani/Kristian, telah diilham, dididik, diperintahkan serta diberkati hidayah Tuhan Allah melalui firman-Nya dalam Kitab Zabur ini sudah lebih daripada 3,000 tahun yang lalu. Sayidina Isa a.s. juga telah membaca dan mengutip dari Kitab ini untuk menjadi renungan dan bimbingan bagi para pengikut-pengikut Baginda serta pendengar-pendengarnya yang lain.
Marilah kita juga merenungi beberapa nas pembuka Kitab Zabur ini, agar kita akan juga menerima anugerah dan taufik dari hadirat Tuhan Allah, Maha Pengasih lagi Maha  Penyayang.
{ Fasal 1 }
  1. Diberkatilah orang, yang tidak berjalan menurut bimbingan orang durjana
  2. atau berdiri di jalan orang berdosa
    atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
  3. Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan,
  4. dan tentang hukum-Nya dia berfikir siang malam.
  5. Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
  6. yang menghasilkan buahnya pada musimnya
    dan daunnya tidak layu.
    Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.
  7. Tidak demikian orang durjana!
  8. Mereka seperti sekam
    yang dilayangkan angin.
  9. Oleh itu orang durjana tidak akan bertahan dalam penghakiman
  10. begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.                                                    6.Kerana Tuhan menaungi jalan orang benar,
      tetapi jalan orang durjana akan binasa.
{ Fasal 2 }
  1. Mengapakah bangsa-bangsa berpakat
  2. dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?
  3. Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian
  4. dan para pemerintah bermuafakat
    untuk melawan Tuhan
    dan melawan Dia yang Disucikan-Nya,
  5. Mereka berkata, "Mari kita putuskan rantai pengikat mereka
  6. Dan buangkan belenggu mereka."
  7. Dia yang bertakhta di Syurga tertawa;
  8. Tuhan mencemuh mereka,
  9. Kemudian menegur mereka dalam kemarahan-Nya
  10. dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya,
    sambil berfirman,
  11. "Aku telah menabalkan Raja-Ku
  12. di atas Sion, Bukit suci-Ku."
  13. Aku akan mengisytiharkan firman Tuhan:
  14. Dia berfirman kepadaku,
    "Engkaulah Putera-Ku;
    Hari ini Aku telah menjadi Bapamu"
  15. Mintalah daripada-Ku,
  16. Aku akan menjadikan segala bangsa warisanmu,
    dan setiap pelosok bumi ini milikmu.
  17. Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi
  18. dan menghancurkan mereka seperti tembikar.
  19. Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah;
  20. berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.
  21. Layanlah Tuhan dengan rasa takut
  22. dan bersukacitalah dengan gementar.
  23. Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah
  24. lalu kamu dibinasakan di jalan,
    kerana kemurkaan-Nya boleh menyala dalam sesaat.
    Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.
{ Fasal 3 }
  1. Ya Tuhan, betapa banyaknya musuhku!
  2. Betapa banyak yang bangkit melawanku!
  3. Banyak yang berkata tentangku,
  4. "Allah tidak akan menyelamatkannya."
  5. Tetapi Engkau adalah perisai melindungiku, Ya Tuhan;
  6. Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku,
  7. Kepada Tuhan aku berseru lantang,
  8. dan Dia menyahut seruan dari gunung suci-Nya.
  9. Aku baring dan tidur;
  10. Aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.
  11. Aku tidak akan takut terhadap puluhan ribu
  12. yang bersiap sedia melawanku di setiap pihak.
  13. Bangkitlah, Ya Tuhan!
  14. Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!
    Palulah semua musuhku di tulang rahangnya;
    patahkanlah gigi orang durjana.
  15. Daripada Tuhan datang penyelamatan.
  16. Semoga berkat-Mu di atas umat-Mu.
{ Fasal 4 }
  1. Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,
  2. Ya Allah Tuhanku yang benar,
    Kurangkan penderitaanku;
    kasihanilah aku dan dengan doaku.
  3. Berapa lamakah, hai manusia,
  4. engkau akan terus menjadikan kemuliaanku keaiban?
    Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya
    dan mencari tuhan-tuhan palsu?
  5. Ketahuilah, Tuhan telah memilih orang salih untuk diri-Nya;
  6. Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
  7. Dalam kemarahanmu janganlah melakukan dosa;
  8. ketika di tempat tidurmu,
    sorotilah hatimu dalam senyap sepi.
  9. Persembahkan korban-korban yang wajar
  10. dan percayalah kepada Tuhan.
  11. Banyak yang bertanya," Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?
  12. Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya Tuhan.
  13. Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan
  14. lebih daripada ketika bijiran dan khamar baru mewah melimpahnya.
  15. Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,
  16. kerana hanya Engkau, Ya Tuhan,
    membolehkan aku tinggal dalam selamat.
{ Fasal 5 }
  1. Dengarlah kata-kataku, Ya Tuhan,
  2. pertimbangkan keluhanku.
  3. Dengarlah jeritanku meminta tolong,
  4. wahai Rajaku dan Allah Tuhanku,
    kerana kepada-Mu aku berdoa.
  5. Pada waktu pagi, Ya Tuhan, Kau dengar suaraku;
  6. pada waktu pagi kurafakkan permohonanku
    ke hadirat-Mu
    lalu menanti dengan harapan.
  7. Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;
  8. Dengan-Mu orang durjana tidak dapat tinggal.
  9. Orang tidak dapat berdiri di hadrat-Mu;
  10. Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.
  11. Engkau membinasakan orang yang berdusta;
  12. orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya
    dibenci oleh Tuhan.
  13. Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,
  14. akan masuk ke rumah-Mu;
    dengan sepenuh hormat aku akan tunduk
    ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.
  15. Pimpinlah KU, Ya Tuhan, dalam kebenaran-Mu
  16. kerana musuh-musuhku -
    luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.
  17. Tiada sepatah kata pun dari mulut mereka dapat dipercayai;
  18. hati mereka dipenuhi pembinasaan.
    Kerongkong mereka seperti kubur terbuka
    lidah mereka menuturkan tipu daya.
  19. Isytiharkan mereka bersalah, Ya Tuhan!
  20. Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka
    Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,
    kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.
  21. Tetapi biarlah semua orang bernaung kepada-Mu bersukacita;
  22. biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.
    Berilah mereka perlindunganmu,
    supaya orang yang mengasihi nama-Mu
    dapat bersukacita kerana-Mu.
  23. Kerana tentulah, Ya Tuhan,
  24. Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu
    seperti dengan perisai.
                                         

Tidak ada komentar:

Posting Komentar